Home SemasaGlobal Israel mula lancar serangan artileri, kereta kebal terhadap Gaza

Israel mula lancar serangan artileri, kereta kebal terhadap Gaza

by M.Daim

GAZA, 13 OKT – Tentera Israel telah melancarkan serangan artileri dan kereta kebal terhadap beberapa lokasi di Gaza.

Sementara itu, Hamas telah melancarkan serangan roket terhadap Israel.

Menurut Hamas, sebanyak 150 roket dilancarkan dari Gaza ke Ashkelon, salah satu lokasi yang diduduki Israel, berhampiran dengan Gaza.

Walaupun sistem pemintas Iron Dome telah diaktifkan, beberapa kawasan di Ashkelon dilaporkan terkena impak roket.

Serangan roket turut dilancarkan terhadap Kfar Bilu, Gedera, dan Kiryat Ekron.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Israel mengesahkan salah seorang petugas kedutaannya di Beijing telah diserang.

“Diplomat dalam keadaan stabil. Serangan tidak berlaku di kawasan kedutaan namun siasatan akan dijalankan,” kata kenyataan itu.

Gaza pada ketika ini dalam situasi genting berikutan bekalan asas seperti air dan elektrik telah diputuskan oleh Israel. Selain daripada itu, sistem kesihatan Gaza dilaporkan umpama bom jangka berikutan sekatan yang dikenakan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menyatakan “malapetaka” sedang menanti untuk berlaku di Hospital Gaza.

Operasi penaklukan oleh Israel dikhuatiri akan berlaku pada bila-bila masa berikutan amaran oleh Tel Aviv kepada penduduk Gaza. Tentera Israel sebelum ini mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat untuk berundur ke kawasan selatan Gaza berikutan operasi ketenteraan yang akan dilancarkan oleh Tel Aviv. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Gaza #Palestin

Related Articles

Leave a Reply