Home SemasaGlobal Peperangan Timur Tengah ancam ekonomi global

Peperangan Timur Tengah ancam ekonomi global

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 OKT – Bank-bank pusat diseluruh dunia dijangka berdepan dengan situasi ekonomi dan inflasi berikutan peperangan di Timur Tengah.

Konflik di antara Hamas dan Israel semenjak 7 Oktober lalu dilaporkan telah “melenyapkan keyakinan untuk membendung kenaikan harga yang berpunca dari COVID-19 dan Perang Ukraine-Rusia 2022”.

Menurut laporan Reuters, konflik terbaharu di Gaza mungkin akan menjadi lebih besar akan memburukkan lagi keadaan global yang dilihat tidak stabil. Ini lebih-lebih lagi dengan melihat kesan peperangan di Ukraine sejak Februari 2022 lalu.

Laporan itu turut menyatakan impak dari kejadian sebegini akan mengambil masa untuk memberikan kesan – bergantung kepada berapa lama dan keadaan semasa konflik serta kebarangkalian untuk merebak ke wilayah lain.

“Perang ini mempunyai potensi untuk menambahkan ketidaktentuan ekonomi global yang telah pun perlahan,

“Tambahan pula, pasaran ekonomi Amerika Syarikat masih menyesuaikan diri dengan kemungkinan pengekalan kadar faedah yang tinggi oleh pihak Rizab Persekutuan negara itu,” kata laporan itu.

Pada masa yang sama, laporan itu turut memetik ulasan Ketua Pengurus Bank for International Settlements berhubung masa depan ekonomi.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan kesan ataupun implikasi yang berlaku terhadap minyak dan pasaran ekuiti,” kata Agustin Carstens yang dipetik dalam laporan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #Ekonomi

Related Articles

Leave a Reply