Home Semasa #Semasa: Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden pengeboman di Ankara

#Semasa: Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden pengeboman di Ankara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 OKT – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengebom berani mati di Ankara yang mencederakan 2 anggota polis, jam 9.30 pagi, pada Ahad.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Malaysia bersolidariti dengan Turki dan masyarakat antarabangsa dalam menolak sebarang tindakan keganasan yang bertujuan menganggu proses politik yang sah,

“Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut” katanya.

Sehubungan itu, Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di Turki untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Untuk bantuan, sila hubungi Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul,” ujarnya.

Dalam kejadian yang berlaku jam 9.30 pagi, 2 pengganas maut manakala 2 pegawai polis cedera ringan.

Sebelum ini, media Turkiye melaporkan bahawa letupan berlaku berhampiran bangunan kerajaan termasuk Parlimen dan kementerian. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply