Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: Kereta kebal Abrams kini telah tiba di Ukraine

#TeknologiPertahanan: Kereta kebal Abrams kini telah tiba di Ukraine

by M.Daim

KYIV, 26 Sept – Kumpulan pertama bantuan kereta kebal Abrams dari Amerika Syarikat telah tiba di Ukraine.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Presiden Ukrain, Volodymyr Zelensky dalam satu siaran ringkas di saluran Telegram rasmi beliau.

“Abrams telah tiba di Ukraine dan sedia untuk membantu pasukan tentera kita,

“Saya bersyukur kerana negara rakan sekutu telah memenuhi janji mereka,” katanya.

Abrams merupakan antara aset ketenteraan yang dijanjikan kepada Ukraine oleh Washington. Sebelum ini, Kyiv turut menerima beberapa jenis kereta kebal lain iaitu AMX-10RC, Challenger 2, Leopard, Leopard 2. T-72 dan PT-91 dari negara NATO dan rakan Ukraine.

Kereta kebal yang diterima oleh Ukraine dari Washington merupakan varian M1A1, salah satu varian utama Abrams. Amerika Syarikat menjanjikan sebanyak 31 buah kereta kebal utama tersebut kepada Kyiv pad Januari 2023.

Varian ini lazimnya dipersiapkan untuk pasaran eksport dan tidak mempunyai perisai depleted uranium (DU) seperti pada M1A2. Antara negara pengguna eksport M1A1 yang tidak mempunyai DU adalah Australia dan Poland.

Selain daripada itu, laporan media antarabangsa menyatakan beberapa peralatan sensitif telah dikeluarkan dari Abrams yang dihantar ke Ukraine. Ini bagi mengelakkan teknologi kenderaan tempur terbabit jatuh ke tangan Rusia, sekiranya ditawan.

Pelan penghantaran Abrams ke negara bergolak bermula latihan pengendalian kereta kebal oleh tentera Ukraine di Jerman. Latihan yang dikendalikan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) itu berakhir sekitar Ogos lalu.

Pada masa yang sama, sejumlah Abrams berada di Jerman sedang menjalani pengubahsuaian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply