NEW DELHI, 26 SEPT – Tentera Udara India (Indian Air Force, IAF) secara rasmi telah mentauliahkan perkhidmatan pesawat pengangkut C-295 yang pertama.
Pesawat pengangkut taktikal keluaran Airbus tersebut merupakan yang telah diterima oleh New Delhi pada 13 September lalu.
Pentauliahan C-295 telah dilaksanakan di Ghaziabad, oleh Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh.
India sebelum ini meterai perolehan 56 buah C-295 dari Airbus. 16 buah pesawat tersebut akan dipasang di Seville.
Baki 40 buah lagi akan dikilangkan dan dipasang oleh Tata Advanced Systems (TASL) di India. Pesawat terakhir yang akan dihasilkan oleh syarikat tersebut dijadualkan pada 2031.
C-295 berupaya melaksanakan pelbagai peranan. Ia mampu untuk membawa 71 anggota trup atau 50 askar payung terjun.
Selain itu, pesawat ini mampu untuk melaksanakan pelbagai misi lain seperti menggugurkan kargo, dan penerbangan misi perubatan. – airtimes.my