Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Eksesais LINUD MALINDO fokus operasi belakang garisan musuh

#Pertahanan: Eksesais LINUD MALINDO fokus operasi belakang garisan musuh

by Nurulhuda

INDONESIA, 22 Sep โ€“ Seramai 10 orang pegawai dan 32 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentara Nasional Angkatan Darat (TNI-AD) telah melaksanakan Eksesais LINUD MALINDO Tahun 2023 di Cilodong, Depok, Indonesia.

Latihan bilateral ini dilaksanakan dengan gabungan kumpulan pengempur 10 Briged (Para) dan Komando Cadangan Strategis Angkatan Darat (KOSTRAD).

Pihak 10 Bgd Para memaklumkan, latihan bilateral ini melibatkan ketumbukan anggota tentera dari kedua-dua negara iaitu Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD, PARA) bersama 328 Yonif Para Rider.

Menurut 10 Bgd Para, eksesais bilateral ini merupakan pelaksanaan Operasi Lintas Udara di belakang garisan musuh bagi melaksanakan misi strategik.

โ€œEksesais ini memberi penekanan terhadap penugasan Aturgerak ๐˜™๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ (RDF) yang berintensiti tinggi dalam spektrum pertempuran yang kompleks,

โ€œPelaksanaan Parachute Op dan Operasi Ofensif merangkumi latihan Raid, SUO in Build up Area, Link-up, dan Breakout From Enemy Encirlement telah dilaksanakan secara optimum sepanjang eks dilaksanakan,โ€ jelas pihak 10 Bgd Para.

Eksesais bilateral ini merupakan pelaksanaan Operasi Lintas Udara di belakang garisan musuh bagi melaksanakan misi strategik. Foto: 10 Bgd Para

Majlis penutup telah disempurnakan secara bersama oleh Kepala Staf Divisi 1 (Kasdivif 1)/Kostrad, Brigadir Jenderal TNI Novi Rubadi Sugito dan Panglima 10 Briged (Para) Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal, di Gor Kartika, Kem Yonif Para Rider (YPR) 328 pada Selasa.

Antara latihan yang dilaksanakan adalah Pre-Deployment Training (PDT), Cross Training Exercise (CTX), Small Unit Operation (SUO) dan Operation in Built-Up Area (OBUA).

โ€œTurut diadakan dalam fasa terakhir adalah After Action Review,โ€ jelasnya lagi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!