Home SemasaGlobal #Global: UAV tentera Iran terhempas di Gorgan, 2 cedera

#Global: UAV tentera Iran terhempas di Gorgan, 2 cedera

by M.Daim

TEHRAN, 19 SEPT – Sekurang-kurangnya 2 orang cedera dalam insiden UAV terhempas di bandar Gorgan, timur laut Iran.

Pihak tentera Iran menjelaskan, UAV tersebut mengalami kerosakan dan hilang kawalan.

“Sistem ofensif dan UAV seringkali diuji di kawasan padang pasir Iran,

“Dalam ujian penerbangan, salah satu sistem mengalami kegagalan dan menyebabkan UAV tersebut terhempas di kawasan Gorgan,” lapor Tasnim News Agency yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Pertahanan Iran, Jeneral Talaee Nik.

Menurut beliau, operasi menyelamat dan mengutip serpihan sedang dilaksanakan di kawasan kejadian.

Insiden berlaku pada pukul 9 pagi Isnin, waktu tempatan. UAV tersebut dilaporkan terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan kecederaan.

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan dari pihak Iran mahupun pakar pertahanan antarabangsa yang mengenal pasti jenis UAV terhempas.

Pun begitu, Tehran pada ketika ini sedang giat membangunkan keupayaan teknologi pertahanan di negara itu termasuk UAV.

Iran merupakan pembekal utama dron penyerang atau lebih dikenali dron kamikaze kepada Rusia dalam operasi ketenteraan khas Moskow di Ukraine. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?