Home Semasa #Semasa: Kenapa masa PN jadi kerajaan tak pisahkan kuasa Peguam Negara – Azalina

#Semasa: Kenapa masa PN jadi kerajaan tak pisahkan kuasa Peguam Negara – Azalina

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Azalina Othman Said mempersoalkan tindakan pihak pembangkang kerana gagal mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya semasa zaman pemerintahan mereka.

Beliau menuduh Perikatan Nasional (PN) tidak bertindak sedemikian ketika menerajui Putrajaya selama lebih 2 tahun, iaitu ketika tempoh pentadbiran pemerintah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan Madani komited untuk memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan dan kita telah setuju dari segi prinsip,

“Persoalannya, kenapa masa zaman pembangkang tak nak pisahkan Peguam Negara. Pembangkang bukan saja tak buat, cakap pun tak. Berkuasa 4 tahun,

“Kami tunggu, saya duduk situ, saya tegur, saya duduk ‘backbencher’,

“Sebab itu. kerajaan (perpaduan) komited kepada tatakelola yang lebih adil. Itu sebab kami ‘we walk the talk’. Kita bukan ‘we don’t walk and we don’t talk’,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina berkata demikian sebagai tindak balas kepada pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Peguam Negara dan juga tuduhan pendakwaan terpilih ke atas ahli pembangkang.

Mengulas lanjut, berkenaan kes Zahid Hamidi, Azalina menegaskan, Perkara 145 memperuntukkan budi bicara kepada Peguam Negara (AG) dan itu tidak boleh dipersoal.

“Budi bicara AG tidak boleh dipersoal. Setiap AG ada kuasa dakwa dan lepaskan. Bila hakim membebaskan, tak semestinya tak boleh didakwa,

“Pelbagai AG terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kerajaan komited pisahkan AG dari pendakwaraya,” ujarnya lagi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply