Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Minta mahkamah gugur kes penyelarasan pencen, baik selesaikan cara kita sendiri – MP

#Pertahanan: Minta mahkamah gugur kes penyelarasan pencen, baik selesaikan cara kita sendiri – MP

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 SEPT – Ahli Parlimen Ketereh, Dato’ Khlir Mohd Nor (Bersara) mendakwa kerajaan tidak perlu melayan sebarang tuntutan pelarasan pencen di mahkamah.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dibangkitkan oleh pihak yang tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

“Yang mendakwa bawa kes di mahkamah tu, dia tu bukan berdaftar dengan JHEV,

“Jadi kita tak perlu layan dia,” kata Ahli Parlimen Ketereh ketika menyampaikan bahas Kajian Separuh Penggal RMK ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menegaskan, tuntutan hal kebajikan veteran hanyalah dilakukan oleh kelab atau pertubuhan yang berdaftar dengan JHEV.

Ketika menyampaikan perbahasan, Khlir menyuarakan rayuan beliau kepada Kementerian Pertahanan untuk memberitahu mahkamah untuk gugurkan kes tuntutan pelarasan pencen.

“Saya mohon sangat Kementerian pertahanan bagi tahu mahkamah tolak dia punya dakwaan (tuntutan penyelarasan pencen),

“Kita teruskan untuk pelarasan pencen dengan cara kita. Jadi saya minta sangatlah, Timbalan Menteri,” katanya.

Beliau merujuk terhadap tindakan golongan veteran yang telah mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan berikutan kemelut pelarasan pencen berpanjangan.

Dalam perbahasannya, Ahli Parlimen Ketereh menegaskan beliau telah membangkitkan isu pelarasan pencen di Dewan Rakyat.

Tambahnya, beliau telah membawakan usul tergempar berkenaan isu terbabit tetapi ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“7 bulan yang lepas dalam dewan yang mulia ini saya telah memaklumkan penderitaan veteran-veteran tentera yang bersara sebelum 2013,

“98 peratus daripada mereka berada dalam paras kemiskinan B40,” katanya.

Khlir menambah, pelaksanaan pelarasan pencen adalah dilakukan mengikut undang-undang.

“Perlu juga diingat, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 telah mengesahkan perbezaan di antara perkhidmatan awam dan ATM,

“Selain daripada itu pada 29 Sept 22, Majlis Veteran ATM kebangsaan telah bersidang yang dipengerusikan oleh Menteri pertahanan pada masa tersebut telah meluluskan pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013,

“Justeru itu pelarasan pencen ini bukan lagi di tahap mendapatkan kelulusan, tetapi di tahap pelaksanaannya,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply