Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara #Pertahanan: Latihan guguran udara uji kesiapsiagaan warga TUDM laksana bantuan logistik

#Pertahanan: Latihan guguran udara uji kesiapsiagaan warga TUDM laksana bantuan logistik

by Nurulhuda

LABUAN, 13 Ogos – Pesawat-pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M, C-130H dan CN235 telah melaksanakan pengguguran udara dengan pelbagai muatan sepanjang pelaksanaan FTX Eksesais PARADISE Siri 10/23.

Pihak TUDM memaklumkan, pengguguran udara merupakan salah satu kaedah penghantaran muatan di kawasan yang sukar untuk menyalurkan perkhidmatan logistik.

Jelasnya, antara muatan yang boleh digugurkan dari udara adalah merangkumi makanan, perubatan, persenjataan, aset kecil dan sebagainya.

“Kepakaran Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM bersama 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (Para) digunakan dalam memastikan muatan diikat ‘rigging’ bersama payung kargo agar muatan tidak rosak dan selamat mendarat di Drop Zone (DZ),

“Latihan guguran udara kali ini berjaya menggugurkan keseluruhan muatan seberat 10 tan daripada jenis kategori 1 pengguguran Heavy Equipment (HE), 4 pengguguran Container Delivery System (CDS) dan 6 pengguguran Low Cost Low Altitude (LCLA),” jelas pihak TUDM menerusi hantaran di media sosialnya.

Selain itu, pihak TUDM menjelaskan, Combat Rubber Rescue Craft’ (CRRC) antara aset yang digunapakai dalam latihan pengguguran udara tersebut.

Menurut TUDM, CRRC merupakan bot penyelamat yang digunakan oleh Pasukan Khas TUDM (PASKAU) bagi pelaksanaan misi serta aturgerak operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue) juruterbang atau mangsa nahas pesawat terhempas di lautan yang dilaksanakan bersama Mariteme Para Rescue Team, PASKAU.

“Hasil dari komitmen dan koordinasi diantara Skuadron Penerbangan Pesawat Angkut, Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM, Pasukan Khas TUDM dan beberapa agensi awam yang lain, latihan pengguguran udara kali ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya,” jelas pihak TUDM lagi.

TUDM telah melaksanakan Eks PARADISE Siri 10/23 bermula pada 28 Julai dan akan berakhir pada 16 Ogos ini melibatkan ruang udara negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply