Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: UPNM platform terbaik didik generasi muda jadi bakal perwira – Lt M Mohamad Norizzaini

#Pertahanan: UPNM platform terbaik didik generasi muda jadi bakal perwira – Lt M Mohamad Norizzaini

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=NmQklABXISk[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 24 Jul – Meminati bidang ketenteraan dan pendedahan awal terhadap Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi pemangkin semangat bagi Leftenan Muda (Lt M) Mohamad Norizzaini Norizam untuk menamatkan pelajaran serta latihan dengan cemerlang.

Malah, lebih membanggakan Lt M Mohamad Norizzaini turut dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023.

Menurut Mohamad Norizzaini, sesi lawatan semasa Tingkatan 5 ke UPNM telah membuka matanya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran yang diberikan oleh universiti itu.

“Minat untuk menjadi tentera bermula sejak dibangku sekolah, cuma saya terdedah kepada UPNM semasa di tingkatan 5 semasa lawatan ke UPNM sendiri,

“Saya melihat UPNM adalah salah satu platfrom yang terbaik untuk anak-anak muda menjadi seorang bakal perwira negara pada masa akan datang,” katanya kepada Air Times selepas Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM, pada Sabtu.

 

Lt M Mohamad Norizzaini ketika mengetuai Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2023 pada Sabtu lalu. Foto: AirTimes/Muaz

Mohamad Norizzaini mengakui sukar untuk menjadi seorang pelajar dan menjalani latihan ketenteraan serentak namun, beliau tekad untuk menamatkan latihan bagi menjadi pegawai tentera yang berkaliber serta dapat menabur bakti kepada negara.

“Sebagai pelajar dan pegawai kadet adalah satu perkara yang berbeza tapi kami perlu melaksanakan dalam masa yang sama. Jadi pada saya yang paling penting adalah aspek pengurusan masa itu sendiri,

“Sekiranya pengurusan masa sebagai pegawai kadet di ALK tidak baik, agak sukar untuk seorang pegawai kadet layak ditauliahkan. Kerana untuk layak ditauliahkan, seorang pegawai kadet kami perlu cemerlang dalam kedua-dua perkara ini iaitu dalam akademik dan latihan ketenteraan,” ujarnya lagi.

“Saya bersyukur dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan saya mengharapkan ibu bapa saya bangga dengan apa yang telah saya capai pada hari ini – Lt M Mohamad Norizzaini Foto: AirTimes/Muaz

Mohamad Norizzaini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam itu ditauliahkah ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Pada Sabtu, seramai 228 Pegawai Kadet ditauliahkan ke Leftenan Muda pada istiadat itu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Anugerah Pedang Kehormat berserta piala kepada 3 lagi Pegawai Kadet terbaik bagi setiap perkhidmatan ATM.

Mereka adalah Leftenan Muda Khairul Faisal Hasanuddin yang dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat Malaysia (TDM); Leftenan Muda Muhammad Amree Aqiel Zyreemy, Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Leftenan Muda Muhammad Hafizzudin Zakaria, Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?