Home SemasaGlobal #Global: Kemboja kerah tentera buru, tembak jatuh dron ceroboh sempadan

#Global: Kemboja kerah tentera buru, tembak jatuh dron ceroboh sempadan

by M.Daim

PHNOM PENH, 3 JUL – Berang dengan peningkatan aktiviti pencerobohan dron, kerajaan Kemboja telah kerah 500 anggota tentera lengkap dengan senjata anti pesawat ke kawasan  sempadan di timur laut negara itu.

Arahan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen selepas menerima laporan berhubung peningkatan kegiatan pencerobohan dron di wilayah negaranya yang bersempadan dengan Vietnam.

Beliau turut mengarahkan pasukan tentera di negara itu terutamanya di kawasan sempadan untuk meningkatkan tahap kesiagaan dan berjaga-jaga.

“Saya telah mengarahkan seramai 500 anggota tentera berserta 200 senjata anti pesawat. Kita tidak akan bertolak ansur dengan pencerobohan wilayah Kemboja,” lapor media Kemboja yang memetik rakaman audio Hun Sen.

Menurut laporan itu, Phnom Penh telah merujuk isu pencerobohan dron kepada Vietnam, namun Hanoi menolak perkara tersebut mempunyai kaitan dengan mereka.

“Terdapat banyak dron dikesan telah menceroboh masuk wilayah  Ratanakkiri,

“Kita telah meminta penjelasan dari kerajaan Vietnam dan mereka menolak bahawa dron yang dikesan adalah berkaitan dengan mereka,” jelas Hun Sen yang dipetik oleh Phnom Penh Post.

Ratanakkiri merupakan wilayah Kemboja yang bersempadan dengan Vietnam dan Laos.

Hun Sen menegaskan beliau mengesyaki dron yang dikesan mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak yang aktif di kawasan sempadan Kemboja-Vietnam.

Beliau mendakwa, anggota kumpulan pemberontak telah melancarkan serangan di Vietnam dan melarikan diri ke Kemboja. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply