Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
#Semasa: 134 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan diselamatkan di Filipina – Air Times News Network
Home Semasa #Semasa: 134 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan diselamatkan di Filipina

#Semasa: 134 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan diselamatkan di Filipina

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini mengesahkan seramai 134 individu dipercayai rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan oleh pihak berkuasa Republik Filipina.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, kementeriannya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengenalpasti dan mengesahkan status kesemua mangsa tersebut.

Jelasnya, mereka merupakan antara 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah yang telah diselamatkan oleh pihak berkuasa negara itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Manila telah mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan Filipina telah membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan telah berjaya menyelamatkan mangsa sindiket jenayah itu yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara termasuk Malaysia,

“Mangsa-mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat,” jelas kenyataan itu.

Tambah Wisam Putra, sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, media melaporkan, lebih 2,000 pekerja termasuk warga asing diselamatkan daripada aktiviti penyeludupan manusia selepas pihak berkuasa melakukan serbuan di hab POGO di Las Piñas City.

Menurut Polis Filipina (PNP), seramai 1,525 membabitkan warga tempatan, manakala selebihnya adalah berasal dari China, Vietnam, Malaysia, Myanmar, Taiwan, dan Singapura. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?