Home Pertahanan dan Keselamatan #PERTAHANAN: Malaysia telah sertai 38 misi PBB, libatkan 40 ribu anggota keselamatan

#PERTAHANAN: Malaysia telah sertai 38 misi PBB, libatkan 40 ribu anggota keselamatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 JUN – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Muhammad Alamin hari ini menyatakan Malaysia telah terlibat 38 misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut beliau, kesemua misi ini telah melibatkan seramai 40 ribu anggota serta pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

Jelasnya, jumlah tersebut merupakan data keseluruhan penglibatan negara dalam misi PBB semenjak penyertaan pertama Malaysia melalui misi pengaman di Kongo pada Oktober 1960.

“Kini, Malaysia merupakan antara negara terbesar dalam menyumbang bilangan anggota kepada misi pengaman PBB,

“Setakat 31 Mac 2023, Malaysia berada di tangga ke-25 daripada 123 negara,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Tambah Muhammad, bilangan pengaman Malaysia yang bertugas di luar negara pada ketika ini adalah seramai 859 orang termasuk 98 wanita.

“Mereka terlibat dalam 5 misi pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, wilayah Abiyei, Sudan Selatan dan Kongo,” ujar beliau.

Dari segi perincian, menyatakan misi pengaman melibatkan keanggotaan paling ramai pada ketika ini dengan melibatkan 832 anggota.

“Angka (832) tersebut adalah di Lubnan. Kita turut hantar pakar (expert) atau pemerhati di beberapa negara lain,” jelasnya.

Timbalan Menteri Luar Negeri menambah, penyertaan ini merupakan cerminan kepada komitmen serta sifat prihatin  Malaysia dalam memastikan keamanan dan keselamatan peringkat global.

Tinjauan Air Times mendapati terdapat 12 misi pengaman PBB sedang aktif dilaksanakan di seluruh dunia.

“Pasukan pengaman PBB memainkan peranan untuk membantu negara-negara yang terlibat dalam konflik kembali kepada pendamaian,” kata pihak PBB di laman rasmi mereka.

Menurutnya, lebih 2 juta pengaman daripada 125 negara telah terlibat dalam 71 misi dalam tempoh 71 thun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply