Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin juga sedia jalin kerjasama semula dengan Tun Mahathir – Air Times News Network
Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Muhyiddin juga sedia jalin kerjasama semula dengan Tun Mahathir

Muhyiddin juga sedia jalin kerjasama semula dengan Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedia bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) itu berkata, situasi politik ketika ini meletakkan orang Melayu dan umat Islam dalam persimpangan getir.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan, bekas Pengerusi Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) terlebih dahulu menyatakan kesediaannya bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

“Saya menyambut baik kenyataan Dr Mahathir yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam,

“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir,

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Semalam, portal MalaysiaNow melaporkan Dr Mahathir mengakui sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Tambah Tun Mahathir, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.

Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih 3 tahun.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibawah pimpinan Muhyiddin ditubuhkan pada 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan BERSATU dilakukan bersama Tun Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Tun Mahathir bagaimanapun dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?