LANGKAWI, 26 Mei – Cuaca hujan tidak menghalang orang ramai dan peminat industri pertahanan dan keselamatan negara hadir membanjiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.
Orang ramai tidak berganjak malahan bertambah dari semasa ke semasa bagi melihat dengan lebih dekat aset-aset pertahanan dan keselamatan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang dibuka kepada pelawat awam yang hadir seawal jam 7.30 pagi tadi.
hampir 4 tahun tidak diadakan, hari ini Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dihujani dengan penduduk tempatan dan peminat industri pertahanan serta keselamatan negara.
Orang ramai yang hadir seawal jam 7.30 pagi tadi berpeluang melihat dengan lebih dekat aset-aset pertahanan dan keselamatan apabila Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) dibuka kepada pelawat awam bermula hari ini.
Bagi segmen udara yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bayaran masuk yang dikenakan adalah RM35, manakala segmen maritim, ia diadakan di Resort World Langkawi (RWL) secara percuma.
Kemasukan ke di MIEC adalah percuma untuk pengunjung bawah umur 16 tahun, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Tinjauan pada jam 8 pagi, mendapati ratusan pengunjung sudah beratur panjang di khemah sekretariat di MIEC untuk mendapatkan tiket dan pelepasan masuk, selain kesesakan jalan raya yang berlaku di Jalan Padang Matsirat menghala ke MIEC.
Rata-rata pengunjung berasa teruja dan bersemangat untuk melihat sendiri aset-aset pertahanan dan keselamatan negara walaupun terpakasa berbaris panjang untuk memasuki ruang pameran.
Ketika pertunjukan udara sempena LIMA’23 berlangsung, terpancar riak wajah yang amat membanggakan menandakan keterujaan mereka untuk merasai pengalaman melihat sendiri aksi aset-aset udara yang dipertontonkan selain pameran yang diadakan.

Anggota pasukan negara turut memberi persembahan yang bertenaga dan menakjubkan di LIMA’23
Penolong Pegawai Tanah, Negeri Kedah, Syahar Pauzi Che Bi, 50, berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau seharusnya merasa bangga dengan kemampuan kerajaan menganjurkan satu acara yang hebat seperti LIMA ini.
“Saya datang bersama keluarga untuk melihat aset-aset tentera yang mana turut disertai dari pelbagai negara. Sangat menyeronokan,
“Kita tengok anggota pasukan negara juga turut sangat memberi persembahan yang bertenaga dan menakjubkan. Persembahan itu sangat terbaik,
“Kalau tengok dari segi sambutan penyertaan dan pengunjung, ia sangat berjaya. Tahniah kepada kerajaan dan pihak penganjur yang bejaya menganjurkan LIMA 2023 ini,” katanya kepada Air Times ketika ditemui di tapak pemeran udara, MIEC, hari ini.
Walaupun keadaan cuaca sangat baik dan panas disebelah pagi, kemudian disusuli hujan renyai pada tengah hari dan hujan di kala petang, namun orang ramai masih tetap setia menunggu untuk menonton pertunjukkan udara yang disediakan.
Persembahan aerobatik yang berlangsung kira-kira sejam lebih pada hari ini dimulakan oleh pasukan Black Eagles dari Korea Selatan diikuti oleh pasukan Jupiter (Indonesia), SU-300MKM Flanker (Malaysia), Russian Knights (Rusia) dan F/A-18D Hornet (Malaysia).
LIMA’23 berlangsung selama 5 hari iaitu 3 hari pertama 23 Mei hingga 25 Mei hanya dibuka kepada pelawat perdagangan manakala hari ini dan esok (27 Mei) dibuka kepada orang awam. -airtimes.my
Galeri gambar: