LANGKAWI, 23 Mei – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’23) kembali semula di Pulau Langkawi pada 2023 ini setelah ditangguhkan selama hampir 4 tahun akibat pandemik COVID-19.
LIMA merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di rantau Asia Pasifik.
Majlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), hari ini.
Untuk edisi kali ini, LIMA’23 bertemakan Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).
Semalam, Mohamad berkata, penyertaan LIMA ’23 amat menggalakkan dan memberi peluang syarikat tempatan termasuk luar negara dari pelbagai negara mempamerkan teknologi dan senjata serta aset.

Majlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan secara bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), hari ini.
Jelasnya, ia termasuk penyertaan daripada 5 negara yang terkenal dengan pertunjukan udara iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“LIMA’23 ini melibatkan, 119 kapal terbang termasuk statik dan aerobatik dan 40 kapal laut termasuk kapal Malaysia akan dipamerkan untuk tontonan umum termasuk dari negara-negara lain,
“Jadi sambutan amat baik dan ada negara yang nak hantar penyertaan di saat akhir terpaksa kita tidak menerima penyertaan mereka kerana mengambil kira beberapa perkara termasuk tempat,” katanya.
Setelah kali terakhir diadakan 4 tahun lepas, LIMA ’23 kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 melibatkan kira-kira 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan. -airtimes.my