Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kematian anggota tentera akibat kecederaan kepala – Polis

Kematian anggota tentera akibat kecederaan kepala – Polis

by Nurulhuda

IPOH, 14 Apr – Polis mengesahkan punca kematian anggota tentera yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mophd Yusri Hassan Basri berkata, pengesahan itu dibuat selepas proses bedah siasat di Hospital Permaisuri Bainun, semalam.

“Hasil bedah siasat dikenal pasti sebagai Koperal Mohamad Nasri Mohd Nasib dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang,

“Punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala yang konsisten dengan jatuh,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Yusri berkata, jenazah telah diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Semalam, Mohd Yusri berkata polis menemukan satu mayat lelaki oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangan seorang anggota tentera di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 April lepas.

Mayat kemudian dihantar ke hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Pada Rabu, media melaporkan mayat seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum telah ditemukan pada 10.15 pagi.

Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan pada jam 5 petang, Jumaat lalu. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply