JAKARTA, 10 APRIL – Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia menyatakan kesediaan mereka untuk membantu dalam mempertingkatkan keupayaan tentera udara negara itu.
Perkara tersebut disuarakan oleh Speaker DPR, Puan Maharani Nakshatra Kusyala Devi.
“Parlimen dan kerajaan pada ketika ini bertindak secara bersama untuk membangunkan polisi strategik dalam mempertingkatkan persenjataan (Alutsista) TNI-AU,” katanya yang dipetik oleh media Indonesia, ANTARA.
Menurut beliau, ahli perwakilan DPR komited menyokong keperluan TNIA-AU dalam mempertingkatkan keupayaannya. Ini terutama sekali dalam mempertahankan integriti Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dan menyediakan perkhidmatan masyarakat yang lebih baik.
Jelasnya, pihak DPR mempertingkatkan penglibatan mereka untuk membangunkan kekuatan TNI menjalankan program pertahanan nasional dan membina postur pertahanan tentera.
Ini terutamanya dalam memastikan perolehan pertahanan terkini, baharu dan yang diperlukan oleh pasukan tentera negara kepulauan republik itu. – airtimes.my