Home Pertahanan dan Keselamatan Masih banyak ambulans ATM yang berusia perlu diganti – Menteri Pertahanan

Masih banyak ambulans ATM yang berusia perlu diganti – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan hari ini menyatakan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih memerlukan sejumlah ambulans baharu.

Beliau menyatakan perkara tersebut di Kem Kementah, hari ini.

“Ambulans yang ada dalam perkhidmatan dah lama sangat dan ada di antaranya tidak sesuai untuk digunakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan 50 buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan ATM di Kem Kementah.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 50 buah ambulans telah diserahkan kepada pihak ATM.

Tok Mat menjelaskan perolehan ambulans baharu tersebut merupakan sebahagian daripada pelan tindakan untuk memperbaharui jumlah kenderaan baharu tersebut diperlukan dalam perkhidmatan.

“Jumlah yang diperlukan kenderaan adalah 130 buah. Jadi, perolehan ini (50 buah) merupakan batch pertama,

“Insya Allah, kita akan buat pesanan baharu bila keadaan kewangan baik” ujar beliau.

Menteri Pertahanan turut menjelaskan kesemua kenderaan tersebut dipesan semasa negara sedang dilanda COVID-19.

“Keadaan pada ketika itu teramat mendesak, ramai pesakit yang dibawa ke hospital sehingga tidak ada kenderaan lagi untuk digunakan,” katanya.

Sementara itu, pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan penggantian ambulans ini adalah perlu bagi mempertingkatkan keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan dalam proses pemindahan perawatan pesakit kepada seluruh warga Kementerian dan ATM.

“Penambahbaikan ambulans domestik ini merupakan satu pelan jangka panjang Kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan di bawah strategi Angkatan Masa Hadapan,

“Ia turut memperkasakan aspek kebajikan warga kerja pertahanan dengan penyediaan fasiliti perubatan yang terbaik,

“Kementerian Pertahanan sentiasa peka dengan keperluan warga ATM berdasarkan teras kebajikan yang telah digariskan bagi menjaga kebajikan warga ATM termasuk awam KEMENTAH melalui peningkatan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?