Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PN tutup pintu penyertaan PEJUANG – Hamzah Zainuddin

PN tutup pintu penyertaan PEJUANG – Hamzah Zainuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menyertai parti gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri, Hamzah Zainuddin memaklumkan, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat yang diadakan semalam.

Jelasnya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN itu turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau dan semua wakil parti-parti anggota.

“Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti PEJUANG ke PN,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Hamzah tidak memberikan sebarang alasan mengapa gabungan berkenaan memutuskan untuk menolak PEJUANG serta Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga dilaporkan berhasrat untuk menyertai PN.

Permohonan PEJUANG selepas pengasasnya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, keluar parti untuk menyertai PUTRA yang diketuai bekas pemimpin UMNO, Ibrahim Ali.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menjelaskan, beliau sudah menghantar surat permohonan kepada Muhyiddin serta Abdul Hadi Awang dan Dominic Lau bagi menjelaskan mengapa PEJUANG harus diterima dalam kumpulan mereka.

Ujarnya, penyertaan PEJUANG sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam PRN yang mendatang

Mengulas lanjut, Hamzah menambah, Majlis Tertinggi PN juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan menggunakan lambang parti PAS di Kelantan serta Terengganu.

“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di 6 negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,”ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply