Home Semasa Saya Ahli DAP, saya tahu dan hormati Islam agama Persekutuan – Hannah Yeoh

Saya Ahli DAP, saya tahu dan hormati Islam agama Persekutuan – Hannah Yeoh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sebagai seorang ahli DAP, beliau tetap menghormati Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

“Saya ahli DAP, saya tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam agama bagi Persekutuan,

“Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana persekutuan,

“Dan pesanan saya kepada diri saya dan semua Ahli Dewan Rakyat, berlaku adil kepada rakyat dan jangan mempersendakan kebijaksanaan mereka. Tidak kira di masjid, kuil ataupun gereja jangan hanya datang berdialog atau melawat rumah ibadat ini untuk meraih undi untuk menang pilihan raya,” katanya ketika sesi pengulungan Belanjawan 2023 Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Jawatankuasa, di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Segambut itu turut berkata, sebagai bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya beliau faham Perlembahaan Malaysia mengenai kedudukan Agama Islam.

“Sebagai mantan Speaker DUN Selangor, pegang ADUNG Subang Jaya selama 10 tahun, saya tahu undang-undang yang melarang evangelism,

“Jadi memfitnah saya menggunakan agensi dibawah KBS untuk tujuan tersebut adalah tuduhan yang melampau dan mahu menjadikan saya sebagai ‘punching bag’ untuk menutup dakwaan salah laku yang dihadapi oleh para pemimpin mereka,

“Saya bukan cakap pasal PAS, saya cakap pasal BERSATU yang tuduh saya di luar sana,” tegasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply