Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat terus kerah tenaga, laksana pasca banjir di Johor

Tentera Darat terus kerah tenaga, laksana pasca banjir di Johor

by Nurulhuda

JOHOR, 9 Mac – Demi kelangsungan penduduk negeri Johor yang terjejas akibat bencana banjir, Tentera Darat Malaysia (TDM) meneruskan aturgerak Op Murni tanpa mengenal erti penat dan lelah.

TDM menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, pasukan-pasukan di bawah naungan Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) meneruskan bantuan Op Murni-Pasca Banjir dengan membantu agensi-agensi lain melaksanakan gotong royong membersihkan kawasan yang terjejas akibat bencana itu.

“Bantuan pasca banjir seperti membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami air dan sampah dipergiat di semua kawasaan yang telah reda,

“Selain itu, bantuan penghantaran makanan dan barang keperluan asas masih diteruskan berikutan masih terdapat kawasan yang ditenggelami air dan teputus jalan perhubungan,

“TDM juga turut membantu membawa pulang pelajar sekolah yang telah selesai menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke kediaman masing-masing,” jelas TDM.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan sedikit penurunan kepada seramai 44,463 penduduk daripada 12,581 keluarga setakat jam 10 pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), situasi berkenaan turut menyaksikan penutupan 3 pusat pemindahan banjir Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar negeri.

Penutupan 3 PPS berkenaan menjadikan hanya 183 PPS yang masih beroperasi di seluruh negeri setakat ini.

Bagaimanapun PPS di 7 daerah melibatkan Batu Pahat, Tangkak, Muar, Seganat, Kluang Mersing dan Kota Tinggi masih berjalan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply