Home Semasa SPRM sahkan “Abah” ditahan

SPRM sahkan “Abah” ditahan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 9 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin ditahan selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh beliau di Mahkamah Kuala Lumpur pada esok hari,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin yang sebelum ini diberi nama jolokan “Abah” oleh rakyat semasa COVID-19 melanda hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 11 pagi, hari ini.

Menurut SPRM, Presiden Parti Pribumi Bersatu dan juga Ahli Parlimen Pagoh itu juga akan menghadapi beberapa pertuduhan.

“Beliau dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” jelas kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply