Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan LMS Batch 2: Kita akan ke Turkiye untuk berunding – Tok Mat

Perolehan LMS Batch 2: Kita akan ke Turkiye untuk berunding – Tok Mat

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=1pMakB-50tw[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menyatakan beliau akan ke Turkiye bagi mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negara itu berhubung perolehan Kapal Misi Pesisir Batch 2 (Littoral Mission Ship Batch 2, LMSB2).

Menurut Tok Mat, perolehan LMSB2 adalah dibuat melalui urusan kerajaan dengan kerajaan (Government-to-Government).

“Saya diarahkan oleh Perdana Menteri untuk pergi ke Turkiye. Untuk berunding dengan rakan sejawatan saya dan juga agensi pertahanan negara di sana untuk kita mendaftarkan interest cadangan kita,

“Dan kita lihat bagaimana perundingan ini boleh kita buat segerakan agar perolehan LMSB2 dibuat secara telus yang mungkin,

“Kita tidak akan menggunakan 3rd party tetapi urusan antara kerajaan dengan kerajaan,” katanya semasa menyampaikan Penggulungan Belanjawan Tahun 2023  (Peringkat Dasar) Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan adalah penting untuk memastikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat LMSB2 dalam keadaan baik dan tepat pada masanya.

Menyentuh keputusan kerajaan untuk memperolehi LMSB2, Menteri Pertahanan menyatakan ianya adalah satu keputusan yang tepat pada masanya.

“Keputusan Kerajaan memperuntukkan bajet bagi perolehan LMSB2 ini merupakan satu keputusan yang tepat,

“Ini memandangkan keperluan TLDM untuk menambah aset maritim baharu bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Menyentuh kelengkapan persenjataan LMSB2, Menteri Pertahanan mengesahkan ianya akan dilengkapi dengan dilengkapi misil anti permukaan dan misil anti udara.

Tambahnya, penambahan LMSB2 akan memperkasakan lagi keupayaan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan maritim negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!