Home Semasa MyVi hilang: Wanita jadi korban banjir di Mersing

MyVi hilang: Wanita jadi korban banjir di Mersing

by M.Daim

MERSING, 7 MAC – Seorang wanita ditemukan terkorban selepas sebuah kereta MyVi yang hanyut dalam banjir Johor telah ditemui oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, kenderaan malang tersebut ditemui tenggelam di tepi jalan, berhampiran KM 28, Jalan-Nitar Kahang, Mersing.

“Mayat mangsa yang ditemui masih berada di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan pada pukul 10.22 malam,” kata kenyataan itu.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula pada 11 pagi (6 Mac) dan kenderaan malang terbabit dilaporkan hilang pada awal hari semalam.

“Mayat mangsa telah dibawa ke unit Forensik Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga,

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply