Home SemasaGlobal Kapal selam Rusia lancar peluru berpandu di Laut Jepun

Kapal selam Rusia lancar peluru berpandu di Laut Jepun

by M.Daim

MOSKOW, 4 Mac – Kapal selam Tentera Laut Rusia, Petropavlovsk-Kamchatsky telah melancarkan peluru berpandu kruis Kalibr di Laut Jepun.

Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan penembakan tersebut merupakan sebahagian daripada komponen latihan tempur kapal selam terbabit di kawasan itu.

“Petropavlovsk-Kamchatsky telah melancarkan peluru berpandu krui Kalibr dari bawah permukaan,

“Misil tersebut telah mengenai sasaran yang berkedudukan lebih 1,000 kilometer di Syurkum,” kata kenyataan itu.

Petropavlovsk-Kamchatsky merupakan kapal selam diesel elektrik kelas Kilo (Project 636.3) yang mula berkhidmat dalam Tentera Laut Rusia semenjak tahun 2019.

Varian 636.3 merupakan versi kelas Kilo yang diperkemaskan oleh Rusia. Kapal selam ini berupaya untuk melancarkan peluru berpandu kruis Kalibr melalui tiub torpedo.

Peluru berpandu kruis Kalibr mampu untuk membawa kepala peledak konvensional yang mengandungi 500 kilogram bahan letupan. Selain daripada itu, misil ini berupaya untuk dilengkapi dengan kepala peledak termonuklear.

Kalibr dianggarkan mampu untuk mengempur sasaran sejauh 1,400 ke 1,500 kilometer. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply