Home Teknologi Pertahanan Filipina, Embraer meterai kontrak selenggara A-29 Super Tucano

Filipina, Embraer meterai kontrak selenggara A-29 Super Tucano

by M.Daim

MANILA, 1 Mac – Kerajaan Filipina dan syarikat pertahanan Embraer telah meterai kontrak selenggara pesawat A-29 Super Tucano.

Melalui kontrak tersebut, syarikat Embraer akan membekalkan alat ganti kepada 6 buah pesawat ringan yang dioperasikan oleh Tentera Udara Filipina (PAF).

“Kami berbangga kerana telah diamanahkan untuk membantu PAF dalam mengoperasikan A-29,” kata Rinaldo Piubeli Prado, timbalan khidmat sokongan Embraer dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

PAF telah menerima 6 pesawat A-29 Super Tucano pada tahun 2020. Kesemua pesawat ini dioperasikan oleh 15th Strike Wing PAF. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply