Home Pertahanan dan Keselamatan Belanjawan 2023: Peruntukan lebih RM500 juta selenggara rumah keluarga ATM

Belanjawan 2023: Peruntukan lebih RM500 juta selenggara rumah keluarga ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara rumah Keluarga Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan membaik pulih kuarters kediaman serta institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Belanjawan 2023 memperuntukkan jumlah itu bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berfasa.

“Kerajaan akan membina lebih 7,000 unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur,” jelasnya dalam sesi pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan kerajaan juga bersetuju supaya pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang menawarkan peluang untuk anggota meneruskan bayaran balik baki pinjaman seperti biasa sehingga selesai.

“Usaha ini membolehkan 4,000 peminjam LPPSA layak menstruktur semula pembiayaan mereka dan 700 peminjam bakal bersara tidak berpencen setiap setahun dapat meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa,” ujarnya lagi.

Jelasnya, berdasarkan peraturan semasa, anggota ATM yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen perlu membuat penyelesaian penuh baki LPPSA.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply