Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 3,000 vape seludup dari Indonesia

APMM rampas 3,000 vape seludup dari Indonesia

by Nurulhuda

BATU PAHAT, 24 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Batu Pahat menumpaskan cubaan seludup masuk rokok elektronik pelbagai jenama disyaki dari negara jiran di perairan Terminal Feri Penumpang Minyak Beku, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, bot ronda APMM yang melaksanakan rondaan Op Jaksa telah mengesan sebuah feri penumpang yang dalam pelayaran dari Selat Panjang Indonesia menuju masuk ke jeti feri Batu Pahat.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas feri mendapati sebanyak 30 buah kotak mengandungi 3,000 unit berisi rokok elektronik disyaki cuba dibawa masuk secara haram dari negara jiran, Indonesia.

“Feri, nakhoda serta lapan kru feri berusia 22 hingga 55 tahun warga negara Indonesia serta kesemua rokok elektronik dirampas dan kes akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967 kerana gagal isytihar barangan yang di baw,

“Kesemua 30 kotak rokok elektronik yang dirampas dianggarkan bernilai lebih kurang RM165 ribu,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibenteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Johor selamat, aman dan terkawal.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!