Home SemasaGlobal Jepun hantar F-15 kejar ICBM dilancarkan oleh Korea Utara

Jepun hantar F-15 kejar ICBM dilancarkan oleh Korea Utara

by M.Daim

TOKYO, 19 Feb – Jepun telah menghantar beberapa pesawat termasuk F-15 untuk mengejar dan memantau peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang dilancarkan oleh Korea Utara.

Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan berkata, jet pejuang F-15 dan pesawat rondaan maritim P-3C telah dikerahkan untuk memantau laluan pelancaran tersebut. Turut dihantar adalah pesawat penyelamat U-125A.

Korea Utara dilaporkan telah melancarkan satu peluru balistik antara benua (ICBM) pada petang 18 Februari.

Peluru berpandu yang dilancarkan ke arah timur semenanjung Korea itu dilaporkan telah jatuh ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif perairan Jepun.

Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu kenyataan berkata, jet pejuang F-15 dan pesawat rondaan maritim P-3C telah dikerahkan untuk memantau laluan pelancaran tersebut.

“Peluru berpandu balistik terbabit telah dilancarkan dari Pyongyang dan terbang selama 66 minit sebelum jatuh di kawasan perairan kira-kira 200 kilometer barat Hokkaido,

“Analisis menunjukkan ICBM terbabit terbang pada jarak 900 kilometer dan mencapai altitud maksimum 5,700 kilometer,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama, pihak Tokyo membantah penembakan peluru berpandu tersebut dan turut mengutuk tindakan Korea Utara yang menganggu gugat ancaman keselamatan rantau itu.

“Penembakan peluru berpandu tersebut melanggar resolusi keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,

“Bagi melindungi nyawa rakyat Jepun, kami akan berkerjasama dengan rapat bersama Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam melakukan pengumpulan maklumat, analisis dan pemantauan,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply