[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=zdoJML4tBXw[/embedyt]
Bencana gempa bumi berkembar yang berpusat di Turkiye sememangnya tidak dinafikan sebagai salah satu bencana alam paling terburuk dalam sejarah negara itu. Gempa yang kuat pada 7.8 skala Richter mengegarkan tenggara dan selatan Turkiye serta utara Syria.
Malaysia merupakan negara terawal yang menghulurkan bantuan kepada negara itu. Dalam tempoh kurang daripada 12 jam, Putrajaya telah menghantar SMART dan menjadikan pasukan penyelamat itu sebagai antara yang terawal ke Turkiye.
Selain daripada itu, Malaysia turut menghantar pasukan perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan operasi Hospital Medan Malaysia (HMM) yang dikenali sebagai Op Starlight 2. Pasukan ini terdiri daripada 106 pegawai dan anggota.
Sarjan Siti Zulaiha Abd Aziz dri Kor Kesihatan Diraja merupakan antara 41 petugas kumpulan akhir Op Starlight II yang berangkat ke Turkiye pada 11 Februari lalu.
“Saya harapkan semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan tim kami dalam membantu mangsa gempa bumi di sana,
“Kita harap bantuan yang diberikan dapat mengurangkan tekanan mangsa di sana,” kata Zulaiha.
Walaupun gempa bumi telah lama berlalu, namun gegaran susulan dan ancaman cuaca sejuk melampau masih lagi wujud di kawasan-kawasan bencana.
“Saya harap semua berjalan dengan lancar,” katanya.
Sementara itu, suami beliau, Mohd Faizal Mustafa melahirkan rasa bangga kerana isterinya terpilih untuk berkhidmat kepada mereka yang memerlukan di Turkiye.
“Adalah sedih juga sebab akan terpisah lama. Tapi, demi tugas dia, saya rela dia pergi (ke Turkiye),
“Sasya pun berharap semua warga malaysia mendoakan pasukan ini selamat pergi dan balik serta selamat bertugas di sana,” katanya.
Op Starlight diaktifkan pada 10 Februari dengan penghantaran peralatan dan kumpulan pertama dari Pangkalan Udara Subang. Pada ketika itu, 2 buah pesawat pengangkut taktikal A400M digunakan bagi tujuan tersebut.
Penghantaran kumpulan kedua pula dilakukan pada malam 10 Februari. Manakala, kumpulan ketiga yang merupakan kumpulan terakhir pula dihantar pada 11 Februari.
Sehingga artikel ini ditulis, HMM yang bertempat di di Celikhan, Adiyaman telah pun beroperasi dan mula menerima pesakit dari kalangan penduduk setempat.
Penugasan HMM di Turkiye dijangka akan memakan masa selama 6 minggu. – airtimes.my