Home Semasa Malaysia kutuk, bantah keputusan Israel buka penempatan haram di Tebing Barat

Malaysia kutuk, bantah keputusan Israel buka penempatan haram di Tebing Barat

by M.Daim

PUTRAJAYA, 18 Feb – Kerajaan Malaysia mengutuk dan membantah keputusan Israel untuk membenarkan pembukaan 9 pos dan penempatan haram di Tebing Barat, Palestin.

Suara Putrajaya dinyatakan oleh pihak Wisma Putra dalam satu kenyataan.

“Keputusan tersebut dan kewujudan serta peluasan penempatan haram secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa,

“Ini termasuklah undang-undang hak asasi dan Konvensyen Geneva ke-4 1949 yang berkaitan dengan Pelindungan Orang Awam semasa Perang,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurutnya, tindakan Israel itu turut melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) terutamanya Resolusi 2334 (2016).

Tegas Wisma Putra, UNSC mempunyai tanggungjawab dalam memastikan pematuhan kepada resolusi yang telah dicapai dalam isu Israel-Palestin.

“Malaysia berpegang teguh kepada komitmen untuk menyokong hasrat Palestin dan usaha mereka dalam menentang penjajahan, penindasan dan polisi apertheid oleh Israel,

Kementerian Luar Negeri

Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur telah diiktiraf sebagai wilayah Palestin di peringkat antarabangsa.

“Tindakan membenarkan penempatan baharu untuk dibuka adalah jelas menunjukkan Israel sedang mengekalkan penjajahan mereka,

“Masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya membiarkan perkara ini berlaku. UNSC mesti menuntut rejim Israel untuk menarik balik keputusan mereka dan menghentikan aktiviti pembukaan penempatan haram,

“Malaysia berpegang teguh kepada komitmen untuk menyokong hasrat Palestin dan usaha mereka dalam menentang penjajahan, penindasan dan polisi apertheid oleh Israel,

“Palestin mempunyai hak mutlak untuk menentukan hala tuju mereka termasuk sebagai sebuah wilayah bebas dan merdeka dengan berdasarkan sempadan pra 1967 dengan menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra menegaskan pendirian Malaysia dalam usaha Palestin untuk mendapatkan hak mereka. Foto: Kementerian Luar Negeri

Pada 11 Februari lalu, Tel Aviv di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu telah membenarkan pembukaan 9 pos di kawasan Baitulmaqdis Timur termasuk pembinaan penempatan secara besar-besaran.

Keputusan oleh Israel turut mengundang kritikan dari negara-negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Itali dan United Kingdom. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply