Home SemasaGlobal Ukraine jadi ahli NATO jika menang perang – Stoltenberg

Ukraine jadi ahli NATO jika menang perang – Stoltenberg

by M.Daim

BRUSSELS, 16 Feb – NATO bersedia untuk menerima keahlian Ukraine tetapi dengan syarat memenangi peperangan yang dilancarkan oleh Rusia.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh  Setiausaha Agung NATO, Jeneral Jens Stoltenberg.

“Mengenai Ukraine, pendirian NATO tidak akan berubah. Kami telah menegaskan berkali-kali bahawa Ukraine akan menjadi anggota NATO,

“Tetapi buat masa ini, fokus mereka sekarang adalah untuk memastikan bahawa Ukraine menang perang,” kata Stoltenberg yang dipetik oleh media Ukraine, Ukrinform.

Beliau menambah, NATO perlu membantu Ukraine untuk mempertahankan kedaulatannya.

Menurut laporan itu, pertubuhan perjanjian ketenteraan itu sedang berusaha untuk membentuk satu kerjasama jangka panjang dengan Ukraine bagi membantu negara itu untuk mengoperasikan sistem ketenteraan dan persenjataan NATO.

Stoltenberg turut menyatakan pintu NATO tetap terbuka. Beliau menyatakan Montenegro dan Macedonia Utara telah menjadi ahli pertubuhan itu walaupun penyertaan mereka dibantah oleh Rusia.

Selain daripada itu, Sweden dan Finland hampir menjadi ahli NATO dalam masa terdekat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!