Home SemasaGlobal Amerika Syarikat hantar F-16 pintas pesawat SU-35 Rusia

Amerika Syarikat hantar F-16 pintas pesawat SU-35 Rusia

by M.Daim

ALASKA, 16 Feb – Amerika Syarikat telah menghantar 2 buah jet pejuang F-16 untuk memintas pesawat tentera Rusia yang menghampiri Alaska.

Pusat Pemerintahan Pertahanan Udara Utara Amerika (NORAD) dalam satu kenyataan berkata, pesawat dari negara kuasa besar itu dikesan memasuki Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Alaska.

“Pesawat Rusia berada di ruang udara antarabangsa dan tidak memasuki ruang udara Amerika Syarikat mahupun Kanada,

“Aktiviti Rusia di ruang ADIZ Alaska adalah normal dan bukan berbentuk ancaman. Aktiviti Rusia bukanlah bersifat provokatif,

“NORAD telah menjangkakan aktiviti sebegini dan sentiasa bersedia untuk melakukan pemintasan,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pesawat Rusia yang dikesan dalam kejadian pada 13 Februari itu adalah merangkumi pesawat pengebom Tu-95 Bear-H dan Su-35.

“Aktiviti Rusia di kawasan ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehadiran objek di ruang udara Amerika Syarikat dan Kanada yang berlaku dalam tempoh 2 minggu,” katanya.

Menurut NORAD, operasi 2 buah F-16 dibantu oleh 2 F-35A, pesawat AWACS E-3 Sentry dan 2 pesawat penangki KC-135 Stratotanker. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply