Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 7 PATI dicekup ceroboh sempadan negara

7 PATI dicekup ceroboh sempadan negara

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 10 Feb – Seramai 7 orang pendatang asing tanp aizin (PATI) warga Thailand, Myanmar dan Bangladesh telah di 2 lokasi berasingan ketika cuba merentas sempadan dengan menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia – Thailand, semalam.

Pihak Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Div) memaklumkan, kedua-dua tangkapan berlaku di di Bukit Kayu Hitam, Kedah di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) dan di Tanah Merah, Kelantan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Menurutnya, dalam kejadian pertama, bertindak atas maklumat risikan yang diperolehi, pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan rondaan berkenderaan telah mengesan pergerakan orang awam dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan beroperasi seterusnya membuat pengejaran dan berjaya menahan 6 orang awam yang cuba melarikan diri,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemuanya adalah PATI iaitu seorang warganegara Thailand, 3 orang Myanmar dan 2 warga Bangaldesh yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 wanita yang berumur antara 11 hingga 35 tahun,” jelasnya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam kejadian di KTJ 8 Bgd, pasukan operasi yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan kelibat seorang yang mencurigakan dipercayai cuba menyeberangi sempadan.

Pasukan operasi menahan seorang PATI warga Thailand ketika cuba menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut adalah warganegara Thailand yang berumur 32 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan memasuki negara ini,” jelasnya lagi.

Turut dirampas dalam kedua-dua kejadian adalah 2 buah motosikal; 5 buah telefon bimbit; beg galas; 23 biji pil kuda; selaras senapang angin; wang dalam matawang Malaysia; Thailand; India; Myanmar dan Dollar dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM11, 595.15.

Seterusnya, kesemua PATI yang ditahan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap dan Balai Polis Bukit Bunga.

Tegasnya, pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply