Home Semasa Bot Rohingya menuju ke Malaysia terkandas di Aceh

Bot Rohingya menuju ke Malaysia terkandas di Aceh

by M.Daim

ACEH, 26 Dis – Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) hari ini telah mengesahkan seramai 57 lelaki etnik Rohingya terkandas di luar pantai Aceh.

Menurutnya, bot yang membawa kesemua individu terbabit dilaporkan mengalami kerosakan enjin ketika cuba menuju ke Malaysia.

“Seramai 57 etnik Rohingya yang cuba menuju ke Malaysia telah dibawa keluar dari bot yang terkandas di pesisir pantai Desa Ladong, Kecamatan Masjid Raya, Kabupaten Aceh Besar pada 25 Disember,” kata TNI-AL dalam satu kenyataan.

Tambahnya, 2 individu etnik terbabit mengalami masalah kesihatan dan dibawa ke pusat rawatan berhampiran.

Seramai 57 etnik Rohingya dibawa keluar dari bot yang terkandas di luar pantai Aceh. Mereka dipercayai cuba memasuki Malaysia. Foto: TNI-AL

Dalam kenyataan yang sama, TNI-AL menyatakan pihak pentadbiran Aceh telah menyerahkan kumpulan imigran terbabit kepada Perkhidmatan Sosial Aceh untuk tindakan lanjut.

“Kawalan keselamatan lokasi dan imigran akan dikendalikan secara bersama oleh Pangkalan TNI-AL (LANAL) Sabang bersama Polis Republik Indonesia,” kata kenyataan itu.

Jelas TNI-AL, operasi menyelamat dan membawa keluar kesemua etnik Rohingya dari bot yang terkandas adalah hasil kerjasama serta koordinasi pelbagai agensi melalui prosedur yang telah ditetapkan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?