Home Politik Tangguh pelantikan Ahmad Jazlan hanya lakonan politik PH – Ahli Parlimen Gerik

Tangguh pelantikan Ahmad Jazlan hanya lakonan politik PH – Ahli Parlimen Gerik

by Muaz Rizqi

PETALING JAYA, 22 Dis – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA disifatkan baik.

Namun, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob bimbang tindakan ini hanyalah satu lakonan politik semata-mata sahaja.

“Anwar sendiri mengakui hari ini bahawa lantikan politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diteruskan…Maksudnya Anwar merancang untuk membuat lantikan politik yang lebih banyak,

“Bagi saya lantikan politik ke agensi kerajaan adalah perkara biasa. Tetapi Pakatan Harapan (PH) selama ini sering berdrama seolah-olah mereka tidak akan membuat lantikan politik,

“Sekarang mereka akan terpaksa u-turn selepas sekian lama bermain wayang palsu,” jelasnya dalam kenyataan malam tadi.

Fathul Huzir merujuk kepada kenyataan Anwar yang berkata, wujud kekeliruan berhubung lantikan politik dalam badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pelantikan semula Ahmad Jazlan ke jawatan Pengerusi Felcra diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra, selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Jelasnya, biarpun Kabinet memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.

Dalam masa yang sama, Fathul Huzir tidak menolak kemungkinan Anwar akan membuat pusingan-U dan mengumumkan lebih banyak lantikan politik selepas ini.

“Pandangan saya, tindakan menangguhkan pelantikan Ahmad Jazlan hanya lakonan semata-mata, untuk meneruskan wayang seolah-olah DS Anwar itu hero Malaya,

“Malahan, saya tidak akan terkejut kalau Anwar melantik diri sendiri mempengerusikan Khazanah. Pasti dia akan mencipta alasan demi alasan sebagai justifikasi,

“Tapi rakyat tahu itulah dia (Anwar) yang sebenar, seorang yang penuh dengan wayang dan drama,” ujarnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?