Home Pertahanan dan Keselamatan LCS: Penting untuk diteruskan, tak guna korek kisah lampau – Tok Mat

LCS: Penting untuk diteruskan, tak guna korek kisah lampau – Tok Mat

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=dIPdHiq0yio[/embedyt]KUALA LUMPUR, 10 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan projek Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship,LCS) akan tetap diteruskan dan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau memaklumkan, kementerian akan diberi taklimat mengenai isu berkaitan LCS oleh pihak yang berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya akan mendapat taklimat berkenan isu LCS daripada pihak-pihak berkenaan agar benar-benar boleh melihat cara untuk maju ke hadapan dan memastikan kapal ini kita dapat dibina,

“Tidak guna bercakap mengenai masa lampau, tetapi apa yang kita nak capai, itu yang paling penting kerana ia adalah aset strategik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Banyak pihak terbabit dalam rundingan itu (LCS), jadi tiada guna..kita perlu tumpukan apa yang kita perlu selesaikan selepas ini. LCS mesti diteruskan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada Sabtu.

Mohamad Hasan yang memulakan tugas secara rasmi di kementerian pada 5 Disember lalu menegaskan, beliau akan berusaha dengan kepimpinan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam masa terdekat dan memohon kerajaan Malaysia supaya meneliti perkara ini.

“Kami akan berbincang dan akan pastikan kapal-kapal ini dibina dan disiapkan dalam keadaan yang terbaik,” jelasnya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memaklumkan kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan 5 unit LCS sejak 2013 hingga Ogos lalu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?