Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat rampas rokok seludup bernilai RM114,000 di Tanjung Logok

Tentera Darat rampas rokok seludup bernilai RM114,000 di Tanjung Logok

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 20 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) merampas 38 kotak rokok seludup yang dianggarkan RM114,000 menerusi Operasi (Op) Benteng kawasan Tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd), awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan maklumat perisikan, tim ronda telah mengesan pergerakan yang mencurigakan di sekitar Tanjung Logok, Tenggaroh.

Menurut 3 Div, hasil rondaan tersebut, mendapati 1 longgokan kotak berada di kawasan tersebut.

“Tim ronda mempercayai kotak-kotak tersebut baru sahaja dinaikkan dari perairan dan menunggu untuk diambil oleh orang perantaraan peruncit,

“Kesemua 38 kotak telah di bawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk pemeriksaan lanjut,

“Kesemua 38 kotak tersebut mengandungi 1,900 karton rokok jenama Saat (Gold) yang bernilai RM114,000,” jelas 3 Div.

Sebanyak 1,900 karton rokok jenama Saat (Gold) ditemui di Tanjung Logok, Tenggaroh, Johor.

Laporan Polis telah dilakukan di Balai Polis Tanjung Sedeli dan barang rampasan akan diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Markas 3 Div, pihaknya meneruskan atur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.

“Markas 3 Div akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan daratan wilayah selatan Semenanjung Malaysia melalui pemantauan serta penguatkuasaan berterusan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara,” jelas kenyataan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!