Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Tahu PN jadi ancaman PH, Anwar serang saya ‘bertubi-tubi’ – Muhyiddin Yassin

Tahu PN jadi ancaman PH, Anwar serang saya ‘bertubi-tubi’ – Muhyiddin Yassin

by Nurulhuda

PAGOH, 18 Nov – “Anwar Ibrahim ‘bertubi-tubi’ membuat serangan terhadap saya kerana mahu melihat saya tersungkur,” jelas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin menjelaskan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu telah meningkatkan serangan terhadapnya selepas menyedari majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

“Beliau telah membuat pelbagai dakwaan terhadap saya. Dia (Anwar) nampak parti dia tak dapat tarikan majoriti rakyat,

“Saya tahu dan dia tahu, yang akan menjadi ancaman ada PN. Yang agak lebih popular Muhyiddin Yassin,

“Jadi serang saya berhabis-habisan supaya saya jatuh dan tumbang serta dia boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap dalam Jelajah PN Best Final di Pagoh malam tadi.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut menafikan segala dakwaan yang dibuat Anwar sebelum ini mengenai tuduhan mengambil tanah dan duit semasa menjadi Menteri Besar di Johor.

Tegasnya, dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah.

“Allahi saya tak buat begitu, tuduhan Anwar merupakan satu fitnah. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

“Dia (Anwar) ada satu tahap ‘gaban’ kata orang. Dia sudah ‘seriau’ dah, bila hanya tinggal beberapa jam lagi orang nak mengundi,” ujarnya.

Sepanjang kempen PRU15, Anwar dilihat telah menyerang Muhyiddin dengan beberapa dakwaan.

Anwar sebelum ini menuduh PN sebagai gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat banyak projek berbilion ringgit ketika negara sedang melanda pandemik COVID-19.

Presiden PKR itu mendakwa Muhyiddin yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, mengeluarkan banyak projek tanpa tender kepada pihak tertentu.

Susulan daripada itu, Muhyiddin telah mencabar Anwar untuk mendedahkan penyata akaun partinya dan cabaran itu disambut Anwar dengan syarat calon PN Parlimen Pagoh itu melakukan perkara yang sama.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?