Home SemasaGlobal Peluru berpandu balistik Korea Utara mampu capai keseluruhan negara Amerika Syarikat – Jepun

Peluru berpandu balistik Korea Utara mampu capai keseluruhan negara Amerika Syarikat – Jepun

by M.Daim

TOKYO, 18 Nov – Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada mengesahkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) mampu untuk mencapai sasaran di keseluruhan Amerika Syarikat.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa mengulas ujian peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea Utara awal hari ini.

“Altitud pelancaran menunjukkan ICBM dilancarkan pada sudut tinggi,

“Bergantung kepada jenis kepala peledak, senjata ini mampu untuk terbang jauh melebihi jarak 15 ribu kilometer,” kata Yasukazu yang dipetik oleh media Jepun.

Jelas beliau, peluru berpandu berkenaan mampu untuk mencapai mana-mana sasaran di AS berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pihaknya.

Terdahulu, pihak tentera Korea Selatan mengesahkan Pyongyang telah melancarkan ICBM pada pukul 10.15 pagi (9.15 pagi waktu Malaysia).

Peluru berpandu tersebut telah terbang menuju ke arah timur dan jatuh di kawasan barat perairan Hokkaido.

Analisis oleh Korea Selatan dan Jepun menunjukkan misil tersebut terbang pada jarak 6,100 km dengan altitud maksimu setinggi 997 km. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply