Home SemasaGlobal Penggodam bocorkan maklumat dan data Thales ke ‘Dark Web’

Penggodam bocorkan maklumat dan data Thales ke ‘Dark Web’

by M.Daim

PARIS, 11 Nov – Kumpulan penggodam LockBit 3.0 telah membocorkan data berkaitan syarikat pertahanan dan teknologi Perancis, Thales.

Data tersebut telah digodam oleh kumpulan penggodam berpangkalan di Rusia pada bulan lalu.

Menurut laporan media Perancis, kesemua data telah dibocorkan ke Dark Web pada 31 Oktober lalu dan telah disahkan oleh Thales.

“Tiada sebarang tuntutan wang tebusan telah dilakukan oleh kumpulan penggodam terbabit,” lapor franceinfo.

Menurutnya, kumpulan pakar keselamatan Thales sedang menganalisis data yang ditemui dalam Dark Web.

Jelas laporan itu, kebocoran maklumat Thales tidak memberikan impak kepada aktiviti kumpulan syarikat.

Kumpulan Lockbit 3.0 yang berpangkalan di Rusia amat dikenali di Perancis kerana pernah melancarkan serangan siber terhadap sebuah hospital dengan meminta wang tebusan sebanyak US$10 juta. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply