Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ukraine tanda tangan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Ukraine tanda tangan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara

Ukraine tanda tangan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara

by M.Daim

PHNOM PENH, 10 Nov – Ukraine telah menandatangani surat cara penerimaan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara, hari ini.

Surat cara penerimaan telah ditandatangani oleh Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba.

Beliau tiba di Phnom Penh pada petang Selasa lalu dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada keesokan hari.

“Pertemuan kami adalah memberi fokus kepada hubungan bilateral dan keselamatan makanan sejagat,” kata Dmytro di akaun media sosial rasminya.

Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara atau dikenali Treaty of Amity and Cooperation in South-east Asia (TAC) mula diperkenalkan pada tahun 1976. Perjanjian ini  merangkumi prinsip universal kewujudan bersama secara aman dan kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN.

Perjanjian ini telah ditandatangani 50 buah negara termasuk Ukraine, China, India, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?