Home SemasaGlobal Xi Jinping: Tentera China mesti bersedia untuk hadapi peperangan

Xi Jinping: Tentera China mesti bersedia untuk hadapi peperangan

by M.Daim

BEIJING, 9 Nov – Presiden China, Xi Jinping mengesa pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) untuk bersiap sedia menghadapi peperangan berikutan situasi semasa global yang tidak menentu.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemerintahan Tentera China (CMC), semalam.

“Seluruh pasukan tentera perlu fokus kepada keupayaan tempur sebagai asas dan kriteria utama,

“Tumpukan seluruh tenaga untuk bertempur dan pertingkatkan keupayaan untuk menang,” katanya yang dilaporkan oleh Xinhua.

Lawatan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh Jinping selepas dipilih untuk memimpin China untuk kali ketiga semasa Kongres Parti pada bulan lalu.

Menurut beliau, PLA perlu memperkuatkan keupayaan serta pendirian mereka dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan China.

“Mereka (PLA) perlu memenuhi tugas yang diamanahkan oleh parti dan rakyat,” kata Xi Jinping. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply