Home SemasaGlobal Jepun minta penduduk simpan ubat, sedia hadapi gelombang ke-8 COVID-19

Jepun minta penduduk simpan ubat, sedia hadapi gelombang ke-8 COVID-19

by M.Daim

TOKYO, 9 Nov – Kerajaan Jepun dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan gelombang ke-8 yang mungkin akan melanda Negara Matahari Terbit itu pada musim sejuk.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato.

Beliau menggesa penduduk Jepun untuk mula menyimpan kit ujian pengesanan COVID-19 serta ubat demam dan selsema.

Jelasnya, perkara tersebut dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi penularan wabak influenza dan COVID-19 yang berlaku secara serentak dalam masa terdekat.

“Kita akan mengambil langkah proaktif dan lakukan apa sahaja tanpa sebarang kegagalan,” kata Kato yang dipetik oleh media Jepun.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Jepun menyatakan peningkatan kes jangkitan berlaku di wilayah Hokkaido dan Tohoku di kawasan utara negara itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply