Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Tentera Darat gagalkan 3 PATI Thailand ceroboh sempadan negera

Op Benteng: Tentera Darat gagalkan 3 PATI Thailand ceroboh sempadan negera

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 8 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) telah menahan seramai 3 orang pendatang tanpa izin (PATI) warga Thailand yang menceroboh masuk ke negara melalui laluan tidak sah di sempadan Malaysia – Thailand, semalam.

Markas 6 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, penahanan tersebut adalah hasil dari anggota pasukan yang melaksanakan rondaan telah mengesan dengan 4 individu mencurigakan menaiki 2 buah motosikal di kawasan tersebut.

“Anggota telah bertindak mengepung individu terbabit dan berjaya memberkas 3 individu manakala seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri,

“Hasil pemeriksaan serta siasatan yang dilakukan mengesahkan kesemua individu ditahan adalah PATI warganegara Thailand kerana tidak memiliki dokumen perjalanan memasuki Malaysia selain merentasi sempadan dilaluan tidak diiktiraf kerajaan,” jelas hantaran itu.

Kesemua PATI yang di tahan dibawa ke Balai Polis Padang Terap dan laporan polis turut dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pasukan juga telah berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan ketum dengan menahan sebuah kenderaan di laluan balak menghala ke sempadan Malaysia-Thailand pada Ahad lalu.

Anggota Operasi Benteng Utara juga telah merampas 88 buah plastik yang berisi daun ketum setelah menahan sebuah Mitsubishi Triton di laluan balak menghala ke sempadan Malaysia-Thailand pada Ahad lalu.

Menurut Markas 6 Bgd, pihaknya telah mengesan pergerakan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton di kawasan berkenaan.

“Bertindak dari situasi, ketua ronda telah bertindak membuat serbuan ke atas kenderaan dinaiki 2 suspek namun kehadiran Pasukan Keselamatan (PK) berjaya dihidu suspek dan lari meninggalkan kenderaan dinaiki ke arah hutan,

“Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati kenderaan suspek dipenuhi muatan daun ketum yang diisi dalam 88 plastik hitam dimana anggaran setiap plastik seberat 10 kilogram (km),

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM113,440.00,” ujar Mk 6 Bgd.

Tambah Mk 6 Bgd, kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply