Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat berkas 8 lagi PATI Myanmar ceroboh sempadan negara

Tentera Darat berkas 8 lagi PATI Myanmar ceroboh sempadan negara

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 31 Okt – Tindakan 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyeludup masuk ke negara gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 8 PATI itu ditahan ketika bersembunyi di kawasan belukar di kebun getah, Bukit Tangga di sektor Operasi Benteng (Op Benteng) Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd).

Menurut Mk 2 Div, bertindak daripada maklumat perisikan, pasukan beroperasi telah mengesan pergerakan sekumpulan orang awam yang mencurigakan melalui sempadan negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya mereka adalah lelaki warganegara Myanmar serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kesemua mereka berumur antara 25 hingga 45 tahun,

“Turut dirampas adalah 4 buah telefon bimbit; wang tunai dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand; 5 kad pengenalan warga Myanmar; 3 passport warga Myanmar dan 6 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM2,503.70,” jelas kenyataan itu.

Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?