Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: 6 PATI Indonesia ditahan, 269 karton rokok seludup dirampas

Op Benteng: 6 PATI Indonesia ditahan, 269 karton rokok seludup dirampas

by Nurulhuda

PENGERANG, 29 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan 6 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menceroboh masuk negara dan aktiviti penyeludupan rokok, awal pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dalam kenyataan memaklumkan, penahanan tersebut adalah hasil daripada maklumat perisikan dan pengesanan radar KP 8×8 Gempita Surveillance serta Tim Tindak Balas Pantas (Quick Reaction Force, QRF) yang mengesan PATI yang bersembunyi di pinggir hutan Bayu Damai.

Selain tu, tim QRF juga telah mengesan longgokan 6 buah kotak rokok seludup di kawasan berhampiran.

Menurut 3 Div, Tim QRF mendapati kesemua PATI merupakan warga negara Indonesia itu tidak memiliki dokumen yang sah.

“6 PATI lelaki warga Negara Indonesia itu berumur diantara 32 sehingga 50 tahun dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi serta laporan kepada pihak Polis,

“Kesemua PATI telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Johor Baharu manakala rampasan barang akan diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan lanjut,” jelas 3 Div.

Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM20,111.24 melibatkan 269 katon rokok jenama Mayor (merah dan hijau) RM16,140.00, wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Indonesia bernilai RM1,561.24,

Selain itu, barangan kemas serta 3 buah telefon bimbit yang terdiri dari pelbagai jenama bernilai RM2,410.00 turut dirampas.

Markas 3 Div menjelaskan, pihaknya meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron ATM serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply