Home Pertahanan dan Keselamatan Isu LCS: Tunjukkan kepada saya kalau mereka boleh lakukan lebih baik – Hishammuddin

Isu LCS: Tunjukkan kepada saya kalau mereka boleh lakukan lebih baik – Hishammuddin

by Nurulhuda

LUMUT, 27 Okt – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjelaskan, tindakan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang menjadikan isu perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah sebagai modal untuk serangan politik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bagaimanapun menegaskan, cubaan mereka (pembangkang) cuba untuk menjadikan isu berkenaan sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi.

Beliau menjelaskan, ia kerana pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kerajaan melalui kementerian untuk menyelamat projek LCS itu.

“Tetapi apabila kita (MINDEF) mengambil tindakan proaktif, sekurang-kurangnya membentangkan kepada rakyat tentang perancangan kita untuk menyelamatkan projek LCS ini dan akhirnya merupakan kehndak TLDM sendiri,

“Saya nak tanya kepada mereka, selama 22 bulan mereka memerintah apa yang telah dibuat berkenaan LCS ketika itu?

“Hendak menuding jari memang mudah, hendak memainkan politik dengan isu-isu itu pun senang dengan (melalui) Tiktok dan media sosial, tetapi apa yang saya telah bentangkan kepada rakyat ialah perancangan kita untuk menyelamatkan projek ini yang melibatkan pelbagai pemegang taruh,

“Kalau sekiranya mereka boleh tunjukkan kepada saya bahawa mereka boleh lakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan hari ini iaitu (berkenaan projek) LCS, baru boleh anda jadikan ia sebagai satu isu,

“Kalau tidak, saya anggapkan apa yang dibangkitkan sekarang ini hanyalah pertimbangan-pertimbangan politik sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena lawatan rasminya ke KD Panglima Garang Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada Rabu.

Hadir sama Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Datuk Mohd Redzuan Talib.

Pihak pembangkang sebelum ini dilihat menjadikan isu LCS sebagai salah satu perkara yang dibangkitkan dalam pelbagai siri ceramah politik, tambahan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang semakin menghampiri. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply